Cameron Highland, Malaysia
Assalamualaikum. Asyik cerita negara orang saja, jadi kali ini aku nak ceritakan pengalaman bercuti di negara sendiri iaitu dah semestinya MALAYSIA. Trip kali ini semua perempuan 3 orang termasuk aku. Kami pilih Cameron Highland. Dan kami lantik seorang bendahari dan kumpulkan RM200 seorang. Jadinya, RM600 untuk kami bertiga belanja di Cameron Highland selama 2 hari 1 malam. Adakah cukup ? Nak tahu ? Lets go babe HARI PERTAMA / 15.10.2017 Kami gerak dari Tg Malim dan kami tak lalu laluan Tapah sebab laluan itu agak berbahaya dan kami taknak ambil risiko dan sebab lain adalah nak singgah Green View Garden. Berikut adahlah tempat-tempat yang kami pergi selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland, Malaysia. 1. Green View Garden Kalau korang lalu Simpang Pulai. korang akan jumpa tempat ini. Kira macam first perhentian yang wajib korang berhenti. Sebab menu makanan kat sini sangat sangat sangat menarik dan sedap juga lazat untuk korang cuba. Kat sini juga ade