Itinerary & Budget bawah RM500 Ke Vietnam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Memandangkan ramai yang bertanya tentang itinerary & budget, so aku dengan ringan tangan update untuk kalian. Seriously, tak banyak duit pun aku keluarkan untuk ke negara motorsikal ini. Tapi jika anda datang untuk shopping sila JANGAN baca blog ini. Hahaha. *Gurau je.
Aku sertakan itinenary & budget.
ITINERARY
Selasa - 08 November 2016
[ Day 1 ] - 1230pm tiba di KLIA 2 - Tan Son Nhat International Terminal Airport - Futa Buslines - Hajah Basiroh - Night Market Ho Chi Minh - 1030pm bertolak ke Dalat City, Vietnam
Rabu - 09 November 2016
[ Day 2 ] - 0430am tiba di Dalat City, Vietnam - Check in Nam Quang Hotel - Crazy House - Cable Car Dalat - Datanla Waterfall - Dalat Market - Dalat City - 1130 back to Ho Chi Minh
Khamis - 10 November 2016
[ Day 3 ] : 0500am tiba di Ho Chi Minh - Check in Bali B Hotel - Ben Thanh Market - Saigon Square - Amin Halal Restaurant - Night Market Ho Chi Minh
Jumaat - 11 November 2016
[ Day 4 ] : 0630 Tan Son Nhat International Terminal Airport - KLIA2
BUDGET
Flight : RM145 (return)
Hotel Nam Quang : USD13 - RM54.60
Hotel Bali B : USD14.40 - RM60
Bus to Dalat : 420,000VND (return)
Crazy House : fees 40,000VND + Parking motor 5,000VND
Cable Car : fees 70,000VND + Parking motor 5,000VND
Datanla Waterfall : fees Waterfall 20,000VND + parking motor 5,000VND
: fees Mini Roller Coaster 50,000VND
Sewa Motor : 130,000 VND + 20,000VND minyak
Total fees + sewa motor : RM67
Total bus : Rm85
Total kat Dalat : RM152
Makan malam first : Hajah Basiroh = 84,000 VND ( RM16.++)
Makan malam last : Amin Halal Restaurant = 133,000 VND (RM25.++)
Notes : Bawak makanan Malaysia sebab kat Dalat tak ade makanan halal langsung
Teksi/Bus : Kongsi-kongsi tak sampai RM50
Hotel kat Dalat 4.3USD/person share 3 orang sebab tak tidur pun just untuk bersihkan diri solat makan. Hotel kat HCM 7.2 USD/person share 2 orang. Adik member bilik lain.
Sekian total budget & itinerary. Teksi & bus hanya anggaran sebab kiteorg share2 bayar. Kejap aku bayar kejap kawan aku bayar. Pastu makan popia share 3 orang. Murah sikit laa. Sebab popia die dalam rm15.++ . Menangis tengok harga makanan dia. Mahal sungguh . Hahahaha.
Notes : Anggaran budget untuk seorang.
Flight RM145
Hotel RM50
Fees + Bus RM152
Transport RM50
Makan (2x) RM31
Simkad RM18
TOTAL RM446
Tak sampai RM500 aku keluarkan untuk ke negara ini. Jumlah nie tak masuk langsung untuk shopping. Shopping ikut suka hati korang nak bawak berapa. Shopping aku bawak RM, bukan shopping utk diri sendiri tapi untuk mak & kakak. Hahaha. Full artikel,nanti free aku update. Hahaha. Untuk budget yang lebih jelas, korang tunggu la next update. Cukupla setakat ini dahulu. Nanti iolls cerita pengalaman manis pahit kat sana. Hahahaha.
Notes : Aku tukar duit vietnam dalam 1.4 juta dong bersamaan RM268. Flight bayar dah, hotel bayar USD. USD kiteorg bertiga tukar sekali dalam 43 USD sahaja khas untuk bayar hotel.
Percaya atau tidak aku hanya bawak duit vietnam 1. 4 juta dong dan masih punya baki. Banyak pakai duit masa kat Dalat. Parking motor pun kena bayar tau. Nasib dalam seringgit lebih je. Hahahaha.
So, korang pun boleh travel ke Vietnam. Yeaaaayyyyy.........
Waalaikumsalam......
Comments
Post a Comment