Kota Dalat Vietnam

Salam dan Salam Sejahtera



Dalat City..... 

Meh meh iolls nak sambung cerita pasal vacation tempoh hari. Aku sampai Dalat jam 430 pagi. Memang gelap lagi time tu then sejuk nya hingga ke tulang. Sweater pulak tak bawak keluar. K iolls menyesal. Hahahaha. Sebelum gerak pergi hotel, kiteorang beli tiket bus untuk balik Ho Chi Minh malam itu juga. Sebab memang plan nak balik malam tu juga sebab esok nya memang nak fokus kat Ho Chi Minh untuk shopping. Hehehe.

Kat station bus tu ada taxi tunggu, so jangan risau. Kiteorang tunjukkan surat booking.com then pandailah pakcik taxi tu bawak kami di hotel yang kiteorang booking tu. Sampai saja hotel pakcik taxi tu yang tekan kan loceng. Yelaaa, hotel tu tutup siap berpagar lagi. Dah la kat luar sejuk, gelap, anjing bersepah, memang cuak lah. Dah banyak kali tekan pakcik taxi tu pergi tinggalkan kami bertiga di depan hotel and orang hotel tu pun buka la pintu pagar tu sambil mata sepet-sepet. Serius rasa bersalah ganggu die tidur. Hahaha. Tapi nak buat macam mana kami kan customer. Customer always right. Ok, iolls gurau je. Hehehe.

Lepas dapat kunci bilik tu terus masuk. Bilik tinggi menggunung. Tingkat 4, gigih pagi pagi buta angkat beg naik tangga. Semput naik tangga sampai tingkat 4. Kat Dalat cuma booking 1 hotel saja. Untuk tumpang buat rehat semua apa yang patut. Dah bersihkan diri, solat dan makan semua. Rehatkan badan kejap. Yelah, mana nak selesa tidur kat dalam bus.......



Nam Quang Hotel 
Bilik hotel yang super duper selesa. 
Hanya rm54.60/night
Recommended !



Sebab kat Dalat takade langsung makanan halal,
maka ini laa sumber nak hidup kami. 
Hahahaha..... 


Tepat jam 9 pagi kami bersiap-siap untuk jelajah Kota Dalat. Untuk tour kiteorang pilih untuk menaiki motosikal dengan kadar sewa VND 130K sehari. Lebih jimat rasa  nya kalau sewa motor je. Minyak untuk 1 liter cuma VND 20K. Sebelum tour tu siap-siap ambik maps or buka waze. Sebab aku masa kat sana pakai waze. Alhamdulillah berjalan dengan lancar even ade sesat sikit. Hahaha. Ok, first tempat yang aku pergi Crazy House ! Fee masuk VND 40K. Crazy House adalah rumah fantasi, unik dari segi view dan landscape memang terlampau unik amazing tau. Aku sangat sangat sangat RECOMMENDED ! Korang kalau pergi Dalat, tolong jangan skip. Kalau korang skip, korang akan menyesal. Hahaha. Aku teruja sangat bile masuk. Rasa macam nak tahu macam mana mereka bina Crazy House nie. Terlampau unik. Sepanjang masuk, naik tangga bagai tak habis-habis kagum dengan landscape yang mereka bina nie. Tak terucap dengan kata-kata. Memang agak menakutkan juga tempat ini tapi dalam masa yang sama dia sangat unik tau. Tangga sempit, berpusing-pusing, jalan berliku-liku, tinggi sampai nampak pemandangan Kota Dalat. Tenang je rasa bile kau berada kat bahagian atas Crazy House tau. Meh nak share gambar sikit. 



Nampak tak atas bumbung tu ?
Haaa itu tangga die.
Mengeletar lutut kaki bile naik tangga tu. 



Belakang permandangan Kota Dalat !


Very nice itu tangga. -..-


Yeaaayyyy......


Bahagian atas Crazy House. 


Dah puas pusing, naik turun tangga maka kami teruskan jelajah ke tempat seterusnya. Iaitu Cable Car Dalat. Masih menggunakan waze sebagai petunjuk arah. Cable Car ini aku tak recommended sebab cable car die sama je macam kat Malaysia. Cuma yang bezanya hanya pemandangan. Sepanjang naik cable car nie korang akan nampak lebih jelas terang Kota Dalat nie. Sejuk aman tenang je rasa nya bile naik pergi ke Robin Hill. Kiteorang kejap je kat Robin Hill sebab jam 1230 orang tu kata kena balik. Just ambik gambar pusing kejap then pulang. Fee masuk VND70K/return. Kat situ ada orang jual buah strawberry, ubi rebus dan macam-macam buah lagi. 



Bawah tu memang hutan k. 



Geng travel Vietnam 


Baru nak feeling sorang2. Hahaha. 


Pemandangan belakang cantik sangat. 
Sejuk sampai rasa nak bawak selimut sekali. Hehehe. 


Dah selesai kat cable car kami pulang balik hotel. Untuk rehat, makan dan solat. Jam 2 sambung balik berjalan. Seterusnya aku pergi ke Datanla Waterfall. Tempat nie agak jauh dengan bandar. Itupasal laa masa pergi sini kiteorang sesat. Hahaha. Alaaaa biasalaa tu kalau sesat gitu kan. Even pakai waze pun tetap sesat k. Hahaha. Untuk masuk waterfall nie fee nya cuma VND20K. Then untuk pergi bawah tengok waterfall ade 2 pilihan sama ada turun naik mini roller coaster atau turun dengan hanya jalan kaki. Disebabkan aku nie suke benda yang lasak, maka nya pilih untuk naik mini roller coaster dengan bayaran fee hanya VND50K/return. Yang unik nya mini rolles coaster mereka adalah kena kawal sendiri. Kalau kat Malaysia, memang auto jalan sendiri kan tapi bukan di sini. Sini korang kena kawal sendiri, brek sendiri. Dia akan ajar macam mana nak kawal benda tu, Jangan risau k kawan-kawan. Bagi aku memang best la mini roller coaster die. Lagi-lagi part selekoh die. kalau rasa nak feeling terbang time part selekoh tu xpayah tekan brek, biar laju. Hahaha. Perghhh memang syok laa. Even kau kawal sendiri, kau dapat rasa keseronokkan naik roller coaster tu. Rasa macam nak naik lagi tau. Hahahaha. Menjerit wei naik benda tu. Menjerit bukan sebab takut tapi sebab syok sangat lagi2 part selekoh. Hahaha. Benda tu boleh naik 2 orang atau sorang. Kalau naik 2 org, org depan laa kawal, org blkng dok layan perasaan. Tapi kiteroang tak, masing2 naik sorang2. Hahaha. Baru syok sampai tak sempat nak rakam or pegang phone. Sebab nanti jem orang belakang beratur tunggu turn tau. Memang aku takkan lupa naik benda nie. Hahaha. Dah sampai waterfall tu ambik gambar je, sebab takboleh mandi pun. Sungai die deras sangat airnya. Maybe tu sebabnya dieorang tak bagi mandi. Cantik waterfall die, Dah puas main air, bergambar maka balik la kami. Balik pulak naik roller coaster juga tapi kali nie auto. Dok diam-diam nanti jalan la roller coaster tu tapi tak mencabar la sebab line nya hanya straight. Tak ade pusing-pusing or selekoh bagai. Hahaha. 



Waterfall dari sudut dekat.
Bertangga-tangga waterfall die. 


Waterfall sudut jauh, 
Deras k air die. 


Memasing taknak pandang kamera. >,,<


Haaa see, deras laju air sungai tu. 
Kalau terjun memang tak timbul2. 
Hahaha. 

Hari pun dah petang, so kiteorang cadang nak pusing-pusing Kota Dalat. Kota Dalat nie macam Cameron Highland. Sejuk. Dan ade sesetengah yang cakap Kota Dalat nie macam Kota Paris. Sebab bangunan die macam di Paris. Ye memang betul, aku tak nafikan. Cuma aku tak sempat nak snap gambar kat bangunan tu sebab tak tahu nak parking motor kat mana. Jadinya, mampu lalu saja. Kami sempat juga singgah ke Dalat Market. Dari barang kering hingga barang basah ade jual. Saje je jalan-jalan tengok dan nikmati cara hidup orang Dalat. Plan nak ke night market malam tu tapi kiteorang sekali kan jalan petang tu. Night market time tu pun dah buka. Dah jalan-jalan kat pasar so kiteorang bawak la motor tu pusing 1 Kota Dalat. Hahahaha. Masuk lorong situ sana sini, pergi sana pergi situ pergi sini. Padahal time tu kaki dah mengelatar kesejukkan tapi still nak pusing sampai puas. Tapi agak mencabar juga bawak motor waktu petang. Sebab time tu memang waktu kemuncak orang balik kerja. Tahu-tahu je orang Vietnam bawak motor macam mana. Bawak motor macam apa ntah tapi bebas dari eksiden tau. Uniknya negara Vietnam nie......



Keliling mercu nie adalah Dalat Market. 


Dah puas berjalan pusing maka nya pulang la kami ke hotel. Lagipun langit pun dah gelap padahal baru pukul 530 petang. Pulang kunci motor then masuk bilik kemas-kemas barang, rehat untuk pulang semula ke Ho Chi Minh. Van ambik jam 11.15 malam sebab bus kami jam 12malam. So, bagi aku Dalat City nie sangat best, banyak lagi tempat menarik cuma aku tak sempat nak explore je. InsyaAllah one day nanti. Hehe. Tak rugi pun 12jam pergi balik tidur dalam bus untuk ke Dalat City.
Very recommended !!!



Depan Nam Quang Hotel
Sebab hotel dh tutup, so kena tunggu van kat luar. 
Dah pakai sweater pun still mengeletar menggigil. 


Thankyou Dalat untuk kenangan
yang manis yang takkan dilupakan. 
Goodbye Dalat...... 


Sampai sini saja cerita di Dalat City. Ada masa nanti aku habiskan last part di Vietnam. 
Terima kasih sudi baca......

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan Krabi

Cameron Highland, Malaysia

Ho Chi Minh City