Singgah Sebentar HCM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lepas dah kongsikan tentang budget, sekarang aku nak kongsi pengalaman manis & pahit semasa kami jelajah bumi motorsikal. Why bumi motorsikal ? Sebab, kebanyakkan mereka menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Memang berlambak laa motorsikal. Trip kali nie aku pergi dengan kawan sekolah SAMJ dulu. Die bawak adik die. Maka nya bertiga la kami. Flight berlepas jam 0245pm dan memakan masa selama 2 jam dari KLIA 2. Selamat landed jam 0345pm. Waktu mereka lewat 1 jam dengan waktu Malaysia. Sampai-sampai saja, kami terus ke kanan airport untuk menaiki bus no 152. Harga 5,000vnd dalam seringgit lebih. Hahaha. Diingatkan, kalo nak naik bus tolong jangan bayar pada orang yg jaga kaunter, bayar pada drive bus !! Bus 152 akan menuju ke bandar Ho Chi Minh. Kami turun di last perhentian iaitu station bus. Station bus ini berdekatan dengan Ben Thanh Market. Makan masa 30 minit juga untuk sampai ke bandar. Sampai pun agak petang, memang traffic agak sesak dengan motorsikal. Serius, biol otak tengok keadaan bandar mereka sebab terlalu banyak motorsikal. 



Sebelum berlepas....... Bye Malaysia....



Acah2 pegi US padahal takpun. Lalala. 




Turun saja dari bus terus jadi tak betul. Dalam hati siap kata boleh ke aku survive kat negara nie ? First plan turun je dari bus nak cari company bus. Plan memang nak ke Dalat malam tu juga. So, memang kena cari juga company bus tu. Tapi bile tengok keadaan time tu. Ya Allah, rasa hampir putus asa juga la. Tengah lapar nya, lepastu main jalan je. Tapi kiteorang gigihkan juga untuk cari company bus tu. Jalan je melintas je buat tak tahu je. Sampai sesat. Hahaha. Tanye orang tapi dyeorg bahasa english tak berapa nak faham. So, tunjuk alamat company tu. Tapi still tak tahu kat mana. Pastu kiteorg cari jalan sendiri. Beli simkad harga 100,000vnd. Unlimited data. Simkad asal nya die jual 150,000vnd tapi kiteorg mntk murah. Hahaha. Terus download Waze. Lalalala. Menyesal tak download awal-awal. *Pengajaran ! Tanye orang kedai simkad pun die tahu mcm tak tahu je tp still tunjuk kat seberang. Huaaaa kena lintas lagi. Hahaha. Lepas je download waze, teruskan berjalan, melintas berjalan melintas sampaikan hampir sesat lagi. Kahkahkah. Tapi kiteorang rasa memang hampir2 situ pun. Sebab kat area tu semua kedai yang sediakan perkhidmatan tour guide. Maka nya kiteorang tanye orang lagi. Alhamdulillah, die tahu. Yeaaayyyyy. Kiteorang ikut laaa cakap die, and finally kami sampai. Fuhhhh rasa bahagia wei. Serius penat sume hilang bile nampak company tu. Banyak je company bus yang sediakan pakej ke Dalat tapi harga dieorg mahal sikit 290,000vnd. Tapi company Futa Buslines kiteorg tgk harga dlm website 210,000vnd, beli kat situ pun harga sama. Sampai2 terus booking 3 seat. Tapi dapat seat atas, seat bawah dah full. Takapelah janji dapat. Kiteorg beli one way nak beli return tapi die tak kasi. Suruh bile kat Dalat nanti. Tak tahu laa kenapa. Hahaha. 

Dah selesai urusan beli tiket semua sementara tunggu bus kami jam 12 malam, kami terus pegi makan. Pilihan kedai makanan kite org malam first tu makan kat Hajah Basiroh.Dari Futa Bus Lines tu ke Hajah Basiroh kite org pilih untuk naik teksi. Sebab dah penat sangat berjalan ditambah lagi dengan kelaparan 1 hari tak makan. Kalau jalan kaki tak jauh sangat pun adalah dlm 15minit. Hahaha. Kalau naik teksi dlm 5 minit je. Dah sampai tu teksi tak turunkan kiteorg depan kedai tu pun sebab time tu jalan penuh dengan barang niaga dyeorg nak niaga di night market. Die turunkan kt lorong. So, kiteorg jalan kaki pergi cari sendiri Hajah Basiroh. Jalan sikit sampai dah.Hajah Basiroh nie dekat saja dengan Ben Than Market. Dah masuk kedai tu terus order makan. Korang jangan terkejut la dengan harga makanan dieorang.Serius sangat mahal.Menangis tak berlagu tau. Order air 3 gelas, nasi lemak ayam 2 nasi goring ikan masin total semua RM61.++. Marilah ber’huhuhu bersama2. Hahaha. Sebab dah lapar sangat, nak taknak kena makan gak. Lagi2 nak ke Dalat. Dalat tak ade makanan halal langsung, so korang siap2 la isi perut before pegi Dalat. Dah selesai makan  semua, tumpang solat kat Basiroh Fashion. Die bukan ade kedai makan saja, kedai pakaian pun ade juga tau. Hahaha.Basiroh Fashion depan Hajah Basiroh restoran je. Ambik wuduk siap2 kt toilet restoran tu sebab kedai tu jual pakaian je telekung sume tulah.Dah selesai makan solat semua, mula kami usha2 night market.Rambang mata oiiiii tengok.Murah2 !!Malam tu cuma tengok2 je takbeli pun sebab nak pegi Dalat, barang banyak so tahan nafsu nak beli kejap.Hahaha.Dalam 15 minit gitu laa kiteorg usha, takboleh lama2 sebab comfirm korang takkan tahan untuk membeli. Hahahaha.


Ini je dah rm61.++ . 
Menangis tak berlagu nasib coffee die sedap.









Antara barangan yang dijual di night market.


Lepas tu sementara tunggu jam 10pm kiteorg lepak taman di tengah2 kota Ho Chi Minh. Meriah tau taman dieorang, siap ada yang pasang lagu pastu menari2. Hahaha.Lepastu kiteorg terus ke company bus tadi untuk naik van.Van bawak kami ke Station Bus Besar Ho Chi Minh. Kat situ baru la korang akan Nampak banyak bus. Tunggu kejap kat bus station tu sementar dieorang panggil naik bus.Sebelum naik bus tu siap2 la pegi toilet ke apa ke. Sebab perjalanan Korang jauh then berhentinya Cuma sekali. Hahaha. Dalam kul 1130 kiteorg dipanggil naik.Naik2 bus teruja bakhang tengok slepper bus dyeorang.Hahahaha.Kat Malaysia takade tau, so sis batak kejap.Sebelum naik dyeorang akan bagi plastic untuk letak selipar korang. See, sangat-sangat menjaga kebersihan. Kiteorg 3 orang dapat katil atas.Sebab katil bawah sume full.Katil bawah kiteorg mat salleh, comel je tengok dyeorg tidur kt bawah tu.Hihihi.Dalam 10 minit naik bus, dyeorg akan bagi mineral water & tisu basah. Tepat jam 12 kiteorg bergerak ke Dalat. Tapi sebelum tu dyeorg ade pickup orang juga. Huhuhu.Jangan terkejut nanti korang tidur tetiba dengar orang bebel cakap bahasa Vietnam. Hahahaha. Die kejutkan kiteorg kot sebelum benti kat RNR, kot2 ade yg nak ke toilet ke. Serius wei aku terkejut, dahla tengah sedap tidur. Hahaha.Selamat Malam kalian. Update di Dalat, coming soon~ See you………

                                  

Tiket bus ke Dalat






Slepper bus. Selesa ! Siap ada selimut lagi tau 


Note :


  • Sila bawak botol kosong siap2 sebelum naik bus. Sebab lepas je korang tinggalkan Ho Chi Minh, korang takkan Nampak paip dlm toilet. Kahkahkah. Tapi sinki ade air, sebelum masuk toilet tu pegila isi air kat sinki. Hahaha. Terseksa uolls.
  • Bus akan berhenti sekali saja. Tempat tu kira macam RNR. Ada toilet semua. Cuma kedai makanan korang tak boleh makanla, sebab tak halal.
  • Sila booking hotel siap2 sebelum ke Dalat & request check in awal. Sebab kalau korang gerak malam, korang akan sampai dlm kul 430pagi. Charge check in awal USD 2. Dalam RM8.++ , tengok hotel juga.
  • Bawak baju sejuk sebab Dalat sejuk wei. Lagi2 waktu malam. Menggigil even dah pakai sweater. Hahahaha.
  • Bawak makanan Malaysia. Sebab Dalat xade langsung makanan halal. Ade ubi rebus tapi iolls tak yakin halal. Iolls was2. Hahaha. 


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan Krabi

Cameron Highland, Malaysia

Ho Chi Minh City