Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2017

Rojak & Cendol Shah Alam Sek 24

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ok guys sebab aku suka makan suka mencuba makanan so terdetik pulak rasa nya nak kembali menulis blog pasal tempat makan best & sedap nie. Siapa yang tak suka makan, semua suka makan tau. Nyumm nyumm sedap. Hahaha. Tempat aku nak kongsi nie adalah Cendol & Rojak Shah Alam. Tempat nie kira viral kat facebook. Sini aku kongsi alamat nya :


No, G2 Medan Selera Delima
Seksyen 24, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

( Waze : Medan Selera Delima )

Open : 12:00 - 00:00
Isnin : CLOSED 



Masa aku pergi tu tak ramai sangat orang so bahagia je order tak perlu tunggu lama. Dengar citer sampai beratur panjang orang order. Aku pergi dengan family. Kami order cendol durian, cendol biasa & cendol dragon fruit. Makanan pulak order tauhu bakar, rojak buah, pasembuq & char kueh teow. Not bad sedap juga cendol dan makanan yang di hidangkan. Selain cendol & rojak ade jual macam-macam makanan juga kt situ. Nama pun medan selera haruslah macam-macam ade jual. Hehehe. Harga boleh tahan juga untuk cendol durian tapi padan la harga die mahal. Sebab durian nya sedap, besar, berlemak & manis. 

Meh nak share gambar.................


Rojak tapi macam Pasembuq
Harga Rm25


Cendol Durian 
Harga : RM19.00


Makanan yang kami order
Rojak buah : RM5.00
Tauhu bakar : RM5.00


Cendol dragon fruit : RM7.00

Apa macam ? Terliur tak korang ? Kalau terliur datanglaa jangan tak datang. Rugi tak mencuba. Sangat menyelerakan. Sampai je sana korang cari dulu tempat duduk dah jumpa boleh ke kaunter untuk order nanti mereka akan bagi no order. Ok, sampai sini dulu cerita tempat makan. Nanti ada tempat makan best, insyaAllah aku akan kongsikan. Yeaaaaayyyy....

Daaaa...... Waalaikumsalam..... 

No comments:

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..